Saturday 1 September 2012

Welcome to our blog...



Alhamdulillah..Berkat usaha kami bertiga iaitu Nur Syafarina, Noor Safini dan Nur Atirah, akhirnya kami berjaya juga menyiapkan blog ini. Blog ini diwujudkan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat di luar sana berkenaan isu-isu keguruan pada masa kini. Seperti yang kita semua sedia maklum, profesion perguruan merupakan suatu pekerjaan yang menyumbang dalam pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Ia merupakan perantara paling utama dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat. Dalam era globalisasi kini, dapat kita lihat peranan guru menjadi semakin kompleks dan mencabar. Oleh yang demikian, amatlah penting bagi guru masa kini untuk melengkapkan diri mereka dengan ciri-ciri serta kemahiran-kemahiran yang seharusnya ada dalam diri setiap orang insan yang bergelar guru. Blog ini akan mengupas sedikit sebanyak berkenaan dengan beberapa isu keguruan yang kian hangat diperkatakan serta menjadi tumpuan masyarakat pada masa kini. Semoga dengan info-info baru yang dimuatkan dalam blog ini akan dapat menambahkan ilmu di dada para pembaca. Enjoy your reading!!!!











No comments:

Post a Comment