Analisis
artikel “Cabaran Profesion Keguruan”.
Artikel “Cabaran Profesion Keguruan”
merupakan salah satu artikel yang di petik daripada majalah Dewan Masyarakat
terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka keluaran Mei 2012. Saya telah memilih artikel
ini kerana terdapat banyak isu yang boleh diulas dan dianalisis melalui artikel
ini. Secara keseluruhannya artikel ini
membincangkan tentang cabaran-cabaran yang harus ditempuhi oleh seseorang
individu apabila menceburi profesion keguruan. Sememangnya banyak cabaran
samaada suka mahupun duka apabila kita memilih salah satu kerjaya profesional
iaitu profesion sebagai seorang guru.
Menurut Kamus Dewan (2010) profesion
didefinisikan sebagai satu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan
dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas. Selain itu,
profesion juga merupakan satu bidang pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh
orang yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu,
bersikap jujur, berdedikasi, berakauntibiliti dan bermoral tinggi, mempunyai
autonomi tugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya
(Mook Soon Sang, 2009). Guru yang profesional haruslah mempunyai tiga ciri
kemahiran profesional guru. Pertama memiliki sijil kelayakan kemahiran iktisas
dan perlu mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam banyak
aspek. Kemahiran-kemahiran ikhtisas ini boleh diperolehi dengan mengikuti
kursus-kursus keguruan yang di tawarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan
contohnya Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Kedua,
bertanggungjawab dan memberikan perkhidmatan yang bermutu tinggi. Tugas guru
adalah memberikan perkhidmatan yang terbaik terhadap kliennya iaitu murid dan
melaksanakan segala tanggungjawab dengan amanah dan jujur, dan yang ketiga
terlatih dan mahir dalam tugas-tugas mengajar dan membimbing murid-murid.
Inilah perkara yang paling penting apabila sudah bergelar seorang guru iaitu
kemahiran pedagogi. Menurut Mook Soon
Sang (2010) pedagogi didefinisikan sebagai suatu seni pengajaran yang
melibatkan penggunaan kaedah dan teknik mengajar. Guru mahir dalam dalam
menguruskan bilik darjah, mahir dalam aspek pengajaran dan pembelajaran,
pengurusan murid dan lain-lain lagi.
Selain itu, seorang guru yang profesional juga haruslah mempunyai sahsiah yang baik
dan dapat di hormati. Sebagaimana yang kita sedia maklum guru merupakan
role model terbaik buat murid. Segala tingkahlaku guru akan sentiasa menjadi
perhatian murid apatan lagi penampilan luaran guru. Contohnya cara guru
berpakaian, cara guru bercakap semuanya akan menjadi ikutan serta bahan
percakapan murud. Maka seorang guru yang profesional haruslah mempunyai sahsiah
yang terpuji agar murid akan lebih menghormati guru dan sekaligus memudahkan
guru menyampaikan ilmu kepada murid-murid. Antara contoh tingkahlaku yang yang
mulia ialah bersabar, adil, bertimbang rasa, menepati masa dan lain-lain
lagi. Di samping itu, semasa mengikuti
kursus perguruan juga, guru-guru telah
didedahkan dengan aspek pedagogi yang terbaik untuk memahami murid dan
dikaitkan dengan teori pembelajaran yang telah dipelajari.
Berikutnya seorang guru yang profesional juga sentiasa berusaha mempertingkatkan
profesionalisme perkhidmatan mereka.
Contohnya, sentiasa cuba menambah ilmu pengetahuan baru mengenai pendekatan,strategi,
kaedah dan teknik pengajaran yang dapat diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran di sekolah. Pada masa yang sama seorang guru yang profesional
juga perlu sentiasa kreatif dan inovatif dalam merancang strategi pengajaran
dan pembelajaran yang akan digunakan. Tidak ketinggalan juga, seseorang guru
itu juga perlu sentiasa cuba menghadirkan diri dalam kursus-kursus yang di anjurkan
oleh pihak Kementerian Pendidikan. Kursus-kursus yang di jalankan bukannya
sebagai satu bebanan buat guru tetapi merupakan salah satu indikator terbaik
dalam usaha kerajaan memperkasakan pendidikan negara dari semasa ke semasa.
Contoh kursus yang boleh di hadiri guru untuk mempertingkatkan profesion ini
ialah Kursus Dalam Perkhidmatan (LDP). Kursus ini kini menjadi agenda wajib
bagi guru-guru di sekolah bagi mempertingkatkan lagi kemahiran sedia ada
guru-guru.
Profesion
keguruan amat diharapkan dapat membuat anjakan paradigma kepada budaya yang
berasaskan ilmu dan pemikiran demi meletakkan negara setanding
dengan negara maju yang lain. Seorang guru yang profesional juga berupaya
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Profesion sebagai seorang guru ini
bukan hanya memerlukan kita untuk mendidik anak-anak bangsa malahan kita
sebenarnya perlu melaksanakan tugas sebagai pentadbir, pengurus, perancang,
pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya. Contohnya sekiranya kita
di lantik sebagai Setiausaha Sukan Sekolah maka kita perlulah bijak
membahagikan tugas serta menyelesaikan masalah yang timbul bagi memastikan
tugas yang di pikul dapat dilaksanakan dengan baik di samping program yang di
rancang berjalan dengan lancar.
Akibat daripada tuntutan globalisasi yang semakin mencabar membuatkan guru menjadi
salah satu profesion yang amat perlu menggunakan teknologi maklumat dan
komunikasi. Contohnya guru perlulah menguasai kemahiran untuk menggunakan
teknologi maklumat, bersikap produkti, proaktif dan responsif, mempunyai
kemahiran dalam teknologi dan info komunikasi. Mantan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr. Haji Ahamad Sipon, berkata dalam
abad ke -21, bidang pendidikan menghadapi pelbagai cabaran akibat daripada
kesan globalisasi dan liberalisasi. Contohnya cabaran teknologi masa kini yang
yang memaksa para guru untuk menggunakan teknologi ini dengan sebaik mungkin.
Oleh sebab kesan globalisasi ini jugalah menuntut guru yang berilmu agar celik
dan mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi . Menurut Rizuan
Kamis dalam artikel “Cabaran profesion Keguruan” ini menyatakan bahawa
alaf baharu beroreintasi teknologi maklumat dan komunikasi ini meminkan peranan yang begitu besar dalam
pendidikan. Sebagai seorang guru yang baik kita haruslah sentiasa memandang ke hadapan dan sentiasa mencuba mencari alternatif
terbaik untuk menguasai teknologi-teknologi baru masa kini.
Selaras dengan perkembangan teknologi
semasa, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology
(ICT) dalam pendidikan sebagai satu daripada fokus utama dalam Pembangunan
Pendidikan Zaman Dasar Wawasan Negara 2001-2010. Menurut Azhar Haji Wahid
(2009), Dalam ucapan pembentangan Rancangan Malaysia Ke-9, Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan ICT dalam
pendidikan akan di beri tumpuan khusus dalam aspek prasarana, pengisian dan
latihan guru sebagaimana yang termaktub dalam Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan.
Dalam menerjah arus globalisasi masa
kini, sistem pendidikan negara juga telah mengalami perubahan. Pelbagai
pendekatan telah digunakan untuk meningkatkan lagi prestasi dan mutu pendidikan
negara kita dan salah satu pendekatan atau program yang telah di jalankan
adalah intergrasi ICT dalam pendidikan.
Secara umumnya intergrasi bermaksud penyatuan beberapa bahagian yang
berlainan untuk membentuk perkara baru. Maka intergrasi dalam pendidikan dapat
didefinisikan sebagai penggunaan alat-alat komputer bagi tujuan pengajaran.
Pengintergasian itu melibatkan penggunaan alat-alat komputer seperti komputer
meja, komputer riba, telefon tangan
serta internet untuk meningkatkan pembelajaran pelajar. Pengintegrasian
teknologi ini bertujuan membantu guru-guru mencapai objektif pengajaran dengan
jayanya.
Selain itu, untuk melahirkan masyarakat
bermaklumat melalui IT, KPM dan Agensi Bukan Kerajaan seperti Malaysian
Institute of Microelectronics atau ringkasnya Mimos dan Telekom Malaysia telah
merancang dan melaksanakan beberapa projek untuk menggalakan penggunaan
komputer dalam pendidikan. Lima projek tersebut ialah Projek Rintis
Pembelajaran Berbantu Komputer (PPBK) ke atas 12 sekolah di Selangor; Projek
Pusat Ilmu ;Projek Jaringan Pendidikan;Projek Rangkaian Munsyi dan Projek
Sekolah Bestari. Antara cadangan yang boleh cuba diambil oleh para guru untuk
memperlengkapkan diri dengan ilmu Teknologi Maklumat dan Komunikasi ini ialah
melakukan satu anjakan paradigma. Para guru seharusnya bersedia melakukan
perubahan dalam kepercayaan dan kaedah pengajaran untuk melaksanakan inovasi
agar proses pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokan dan bermakna. Selain
itu, seseorang guru itu perlu mempunyai tanggungjawab dan tugas untuk
mengintegrasikan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. proses
pengintegrasian teknologi dan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran adalah satu
proses yang berterusan dan sememangnya memerlukan komitmen yang tinggi dari
guru itu sendiri.
Guru seharusnya bijak mendidik generasi muda dalam
penggunaan internet secara berkesan
untuk pendidikan bukannya perkara yang sebaliknya. Sepanjang mengajar
menggunakan peralatan ICT, guru haruslah bijak memberikan pendedahan kepada
murid akan cara menggunakan internet, telefon mudah alih, i-pad dan segala
alatan teknologi terkini dengan betul. Guru harus lebih tegas menekankan
kepentingan menggunakan alatan ICT namun haruslah di gunakan dengan cara yang
sewajarnya bukannya menyalahgunakan kemudahan yang di berikan samaada di
sekolah mahupun di rumah. Selain itu, sebagai guru yang baik kita mestilah
memastikan murid-murid kita tidak terdedah dengan pengaruh negatif penggunaan
internet. Sebagai guru kita seharusnya mengingatkan murid supaya tidak mudah
terpengaruh dengan elemen-elemen negatif yang sememangnya mudah di temui di dalam
intenet. Tanamkan dalam diri murid matlamat utama menggunakan ICT adalah untuk
memudahkan pembelajaran dan menjadikan pembelajaran adalah lebih berkesan
bukannya untuk mempelajari perkara-perkara yang tidak berfaedah.
Dunia kini terlalu maju sekiranya guru gagal
menggunakan segala teknologi yang sedia ada kini pastinya guru akan menghadapi
banyak kesukaran dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran. Penerapan nilai-nilai murni dalam diri
kalangan murid juga merupakan salah satu agenda penting dalam dunia pendidikan.
Dapat dilihat kini penerapan nilai- nilai murni semakin luput dan tidak
diendahkan oleh segolongan muda mudi zaman sekarang. Namun itu, sebelum guru
bertindak sebagai penerap nilai-nilai murni guru haruslah mempersiapkan diri
dengan 16 nilai murni yang terdapat
dalam kurikulum pendidikan. Maka di sinilah terletaknya peranan guru untuk
menerapkan nilai-nilai murni terutamanya melalui matapelajaran Pendidikan Sivik
dan Kewarganegaraan supaya anak-anak
didik kita nanti akan mempunyai sahsiah yang terpuji dan sekaligus dapat
menyumbangkan sesuatu buat negara dan bukannya menjadi sampah masyarakat yang
hanya akan menyusahkan negara di kemudian hari.
Arena
perguruan kini juga semakin mencabar dengan pelbagai perlaksanaan
program-program yang merujuk kepada transformasi pendidikan
agar seiring dengan arus permodenan kini. Demi hari ke hari semakin berat tugas
yang harus dipikul dan di galas seorang guru demi memastikan wawasam negara
untuk melahirkan masyarakat bermaklumat menjelang Wawasan 2020 tercapai.
Sesungguhnya seorang guru itu mestilah sentiasa bersedia daripada segi mental
mahupun fizikal bagi menempuh segala cabaran yang datang terutamanya dalam
zaman serba moden kini yang memerlukan sepenuhnya komitmen guru untuk
menjayakan sesuatu program yang di rancangkan. Seorang guru juga harus bersedia
menerima segala perubahan yang bakal berlaku dalam sistem pentadbiran serta
sistem pendidikan negara samaada perubahan tersebut positif mahupun negatif.
Kerjaya seorang guru amat di pandang tinggi
oleh masyarakat kerana gurulah seorang pemimipin berjaya di lahirkan, seorang
doktor berjaya merawat pesakitnya, semuanya kerana jasa guru yang mendidik.
Begitulah betapa besarnya jasa seorang guru kepada masyarakat bangsa dan
negara. Ulasan yang dapat saya berikan berdasarkan artikel ini ialah profesion keguruan ini merupakan satu
profesion yang mencabar adalah kerana tanggungjawab yang di galas oleh seorang
guru. Pertama seorang guru bertanggungjawab kepada anak-anak didiknya dan
pada masa yang sama guru juga bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan
negara. Selain itu juga, seorang guru
juga bertanggungjawab melaksanakan dasar-dasar pendidikan negara contohnya
Dasar Pendidikan Negara, Falsafah Pendidikan Negara, dan juga Falsafah
Pendidikan Guru. Seterusnya seorang guru
juga bertanggungjawab merealisasikan aspirasi negara terutamanya berkaitan
dengan perpaduan kaum. Berdasarkan isu perpaduan kaum ini seorang guru perlulah
membuktikan bahawa mereka mampu mewujudkan integrasi nasional dan memastikan
keamanan dan kesejahteraan negara terjamin. Seterusnya guru juga bertindak sebagai ejen keberkesanan pendidikan. Seorang
guru mestilah bersikap bertanggungjawab, berkelengkapan, keilmuan, keluhuran
peribadi demi menetukan kejayaan dan
keberhasilan sebagai seorang guru. Inilah salah satu cabaran apabila bergelar
seorang guru.
Dalam artikel ini juga menyatakan profesion keguruan juga tidak lari daripada
berdepan dengan cabaran yang paling besar masa kini iaitu perkembangan sains
dan teknologi. Bidang Sains dan Teknologi
yang begitu pesat membangun sehingga memberi
impak yang banyak terhadap institusi pendidikan negara kita khususnya.
Dalam artikel ini juga menyatakan bahawa dunia pendidikan telah berubah kepada
penekanan terhadap penggunaan teknologi maklumat yang selaras dengan Falsafah
Pendikan Negara dan sekaligus menjadikan pengurusan di sekolah menjadi semakin
kompleks. Contohnya perlaksanaan
program pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) .
David Ryans dalam bukunya
Characteristics of Teachers berpendapat seorang guru yang berkesan dalam
menangani cabaran adalah guru yang
bersifat adil, demokratik, responsif, bertimbang rasa, baik hati, jujur,
cergas, menarik, bertanggungjawab, stabil, tenang dan berkeyakinan. Saya amat
bersetuju dengan pendapat ini kerana semua ciri-ciri yang perlu ada pada
seorang guru yang cemerlang ada di sebutkan. Kesemua ciri-ciri seharusnya di
tanam dalam diri dan jiwa seorang pendidik barulah mereka dapat menikmati
keseronokan dan kenikmatan menjadi seorang guru. Kita seharusnya bersyukur
dapat bergelar sebagai pendidik. Segala ilmu yang kita sampaikan akan digunakan
oleh orang lain dan sehingga kita sudah tiada sekalipun dalam dunia ini lagi,
kita tetap akan di panggil cikgu. Situasi ini tidak akan dapat di beli dengan
wang ringgit hanya seorang guru yang memahami mereka mengapa mereka memilih
kerjaya sebagai seorang guru.
Dalam artikel ‘ Cabaran Profesion
Keguruan’ ini juga memberikan definisi
seorang guru dalam konteks pendidikan ialah sebagai seseorang yang berperanan
sebagai agen penyalur budaya dan ilmu. Contoh guru sebagai agen penyalur
budaya ialah menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid supaya sentiasa mengikut budaya dan adat
resam supaya mereka tidak lari norma-norma masyarakat. Manakala contoh guru
sebagai penyalur ilmu pula ialah guru memberikan semua bentuk ilmu samaada ilmu
sains, matematik, bahasa, geografi, sejarah, teknologi dan lain-lain lagi yang
dapat di gunakan oleh murid untuk membina kehidupan yang lebih baik di masa
hadapan. Selain itu, guru juga berperanan sebagai ibu bapa kedua kepada
murid-murid atau dalam kata lainnya berperanan
sebagai institusi kedua selepas keluarga dan guru juga merupakan agen
perwarisan budaya yang penting dalam pembentukan masyarakat. Dapat dilihat
disini, betapa berpengaruhnya seorang guru di mata masyarakat umumnya.
Murid-murid menghabiskan lebih daripada masa seharian di sekolah, maka masa
mereka banyak bersama guru daripada ibu bapa. Justeru itu, guru memainkan
peranan penting dalam pembentukan tingkahlaku dan sahsiah murid-murid. Walaupun demikian, ibu bapa juga
tidak seharusnya menambahkan beban kerja guru dengan menyerahkan urusan 100%
mendidik anak-anak mereka kepada guru. Ibu bapa juga berperanan menjadi role
model dan mendidik anak-anak terutamanya ilmu keagamaan supaya mereka tidak
mudah terjebak dengan anasir-anasir negatif yang semakin berleluasa kini.
Berdasarkan artikel ini juga dapat
dianalisis bahawa proses pembelajaran mungkin berlaku secara spontan dan tidak
di rancang ,pada masa yang sama personaliti guru boleh berubah secara tiba-tiba
di sebabkan oleh masalah mahupun tekanan yang di hadapi. Maka seorang guru perlulah
menghadapi segala situasi ini dengan profesional dan sedar akan hakikat bahawa guru adalah pembimbing dan pendidik masyarakat berbudaya dan
sentiasa mampu menangani segala cabaran yang datang dengan baik sekali. Seterusnya
guru juga memegang tanggungjawab mendidik dan menyampaikan ilmu pengetahuan
kepada murid samaada di dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Tugas
hakiki seorang guru adalah melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang
terbaik buat murid-murid. Maka masalah yang di hadapi guru haruslah di tangani
dengan baik agar tidak menjejaskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di
sekolah.
Artikel ini juga menyatakan bahawa ada persepsi sesetengah pihak menyatakan tugas
atau profesion keguruan sebagai mudah dan tidak memeningkan kepala namun
menjanjikan pendapatan yang lumayan. Saya sememangnya tidak bersetuju
dengan pendapat ini, kerana meraka hanya nampak tugas seorang guru pada
bahagian luaran iaitu hanya mengajar di dalam kelas. Mereka tidak akan memahami
pepayahan serta kesulitan yang di alami guru seperti memastikan gred serta
peratusan peperiksaan sentiasa meningkat, melaksanakan semua program yang telah
di tetapkan oleh kementerian contohnya yang terbaru Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) dan sebelum ini Program Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI).
Bebanan tanggungjawab yang di pikul oleh
seorang guru tidak sama sekali dapat di fahami oleh seseorang yang tidak
bergelar seorang guru, nampak pada luarannya kerjaya yang mudah namun sekiranya
diselisuri rentetan dan perjalanan hidup seorang guru bukannya semuanya indah.
Namun di sebalik bebanan tugas yang semakin mencabar dari semasa ke semasa,
guru tetap bersemangat mendidik anak bangsa kita untuk terus berjaya bak kata
pepatah guru bagaikan lilin sanggup membakar diri demi menerangi orang lain.
Segala kepayahan dan keletihan yang di rasai bagaikan hilang di bawa angin
apabila melihat anak-anak didiknya berjaya dalam hidup mereka. Begitu murni
hati seorang guru dan tiada pada profesion-profesion lain dalam dunia ini yang
dapat menyaingi profesion keguruan.
Selain itu, masyarakat umum perlu tahu
bahawa apabila bergelar seorang guru sememangnya banyak cabaran yang perlu di
tempuh dan memerlukan persediaan yang
secukupnya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Profesion ini
berhadapan dengan cabaran di sekolah amnya dan cabaran dalam pengajaran
khususnya. Antara contoh cabaran di sekolah ialah memegang pelbagai jawatan
penting di sekolah yang memerlukan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan
tugas yang telah di amanahkan. Contoh satu situasi ini seorang guru yang baru
di postingkan terpaksa memgang pelbagai jawatan penting di sekolah seperti
Setiausaha Sukan, Ketua Panitia Bahasa Melayu, Guru Kelas KSSR dan lain-lain
lagi, inilah cabaran yang harus ditempuh dan di galas oleh seorang guru.
Manakala cabaran dalam pengajaran pula
adalah seperti menyediakan alat serta bahan bantu mengajar yang menarik dan
kreatif yang dapat memudahkan proses penyampaian ilmu pengetahuan kepada
murid-murid. Selain itu, cabaran guru dalam pengajaran adalah untuk
menyesuaikan aktiviti mengikut tahap serta kebolehan murid. Tidak semua murid mempunyai tahap yang
sama, maka ini merupakan cabaran bagi seorang guru untuk melaksanakan
pengajaran yang berkesan kepada murid.
Contohnya murid yang bijak perlulah
diberikan banyak latihan yang lebih mencabar daripada apa yang telah di berikan
sebelumnya manakala murid yang lemah perlulah di beri latihan yang lebih mudah
tetapi mestlah dalam keadaan yang berterusan. Seterusnya cabaran dalam
pengajaran juga adalah menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid sewaktu
pengajaran. Guru perlu lebih peka dalam isu-isu semasa supaya murid sentiasa
mendapat pendedahan tentang perkembangan semasa.
Kesimpulannya, apabila kita menjejakkan
kaki ke arena perguruan ini, kita seharusnya mempersiapkan diri dengan segala
aspek bermula dari ilmu pengetahuan, ilmu pedagogi, ketrampilan guru, kemahiran
interpersonal guru, kemahiran teknologi dan lain –lain lagi. Selain itu,
guru-guru mestilah mempunyai persediaan mental dan fizikal yang kukuh untuk
menempuh segala cabaran dalam dunia pendidikan. Setiap profesion yang kita
ceburi pasti ada kebaikan serta kelemahannya yang tersendiri. Maka selalulah
berfikiran rasional agar kita akan berasa lebih selesa dan yakin dengan kerjaya
yang kita ceburi. Pedulikan kata-kata orang yang mengatakan tugas sebagai guru
bagai melepas batuk di tangga, segala imbuhan serta gaji yang di terima tidak
setimpal dengan hasil yang di perolehi. Mereka hanya tahu bercakap, tetapi
mereka di luar sana tidak tahu dan tidak dapat merasai betapa besarnya
pengorbanan seorang insan yang bergelar guru sanggup membakar diri demi
menerangi hidup orang lain. Selain itu, demi menjamin profesion ini terus dipandang
tinggi oleh masyarakat kita mestilah sentiasa berusaha mempertingkatkan ilmu
serta kemahiran dalam diri. Apabila sudah bertugas kelak tidak semestinya misi
pencarian ilmu dan kemahiran terhenti di sini. Setiap hari kita sentiasa belajar
dan belajar bak kata pepatah menuntut ilmu biarlah sampai ke negeri China. Ilmu
itu penyuluh hidup, guru yang berpengetahuan di samping mempunyai keperibadian
yang tinggi pastinya akan sentiasa
dikenang dan di sanjungi pelajarnya.
Refleksi
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi
akhirnya tugasan Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesionalisme ini berjaya
juga di siapkan mengikut masa yang telah di tetapkan. Sememangnya di akui
terdapat banyak pengalaman yang berharga, pahit dan manis yang saya perolehi
sepanjang menyiapkan tugasan ini.pada peringkat permulaan saya merasakan agar
sukar untuk saya membahagikan masa kerana terlalu banyak tugasan yang di terima
dalam satu masa. Namun, di sini saya
belajar bahawa kita mestilah bijak membahagikan masa dan janganlah mudah
berputus asa dengan apa yang kita lakukan kerana pasti di akhirnya kita akan
peroleh apa yang kita hajati.
Seterusnya, bagi tugasan kali ini saya
telah memilih artikel bertajuk “Cabaran Profesion Keguruan”.. saya telah
mempelajari satu pengalaman baru iaitu mengulas dan menganalisi artikel yang
telah saya pilih. Saya dapat belajar dalam proses mengulas dan menganalisi
artikel, saya perlu banyak berfikir secara lebih kritis dan kreatif barulah
ulasan yang disamapikan akan dapat di fahami oleh orang yang membacanya. Selain
itu, setelah mengulas dan menganalisis artikel ini saya mulai sedar akan
cabaran yang harus di tempuhi apabila saya bergelak seorang pendidik kelak.
Sememangnya tugasan ini membuka mata saya tentang persediaan yang perlu saya
buat untuk bergelar seorang pendidik yang profesional,contohnya ciri-ciri yang
perlu ada bagi seorang guru yang profesional perlulah di terapkan dalam diri
saya. Sepanjang menyiapkan tugasan ini saya sering kali melakukan muhasabah
diri samaada saya sudah cukup bersedia untuk memasuki profesion keguruan ini.
namun stelah mengkaji dengan lebih terperinci serta berdasarkan pada segala
ilmu serta kemahiran yang telah saya pelajari sepanjang mengikuti pengajian di
Institut Perguruan, saya bertambah yakin untuk bergelar seorang guru mulai
tahun hadapan. Selain itu, saya juga akan selalu berusaha mempertingkatkan ilmu
serta kemahiran dalam diri saya supaya mampu menjadi guru yang terbaik buat
anak-anak didik saya. Berikutnya saya juga mulai sedar bukannya mudah bergelar
seorang guru sememangnya banyak tanggungjawab yang terpaksa di galas demi
merealisasikan hasrat negara. Saya akan sentiasa berusaha menggalas segala
tanggungjawab dan amanah yang diberikan sebaik yang mungkin dan menjadikan profesion
ini sentiasa di pandang tinggi dan dihormati.
Seterusnya, saya juga bersyukur maklumat
berkaitan isu ini agak mudah untuk di cari, di mana saya telah mencari bahan
bacaan seperti buku dan jurnal di beberapa perpustakaan, bahan daripada
internet dan lain-lain lagi. Perkara ini membuatkan saya memjadi lebih matang
dalam memilih bahan yang bersesuaian dengan tugasan terutamanya dari aspek
bibliografi atau bahan rujukan untuk mengukuhkan lagi tugasan yang telah saya
buat. Ilmu ini sememangnya akan dapat di gunakan lagi apabila saya menjalankan
kajian di peringkat yang lebih tinggi di masa hadapan.
Di sediakan oleh,
(NOOR SAFINI BINTI
ZULKEFLI)
(8 PISMP KS/PJ/PM 2)
a)
Buku
Kamus Dewan (2005). Edisi ke-4. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Idris, N. (2009). Pengajaran dan Pemebelajaran
Teori dan Praktis. Kuala Lumpur:
Mc Gaw Hill.
Marzuki, S. C. (1999). Isu
Pendidikan di Malaysia. Selangor:
Utusan Publication& Distributors
Sdn. Bhd.
Mustafa, S. I. (2010). Guru
dan Cabaran Semasa. Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Rashid, N. A. (2010). Guru
dan Cabaran Semasa. Selangor:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Sang,S.M. (2009). Murid
dan Alam Belajar. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Wahid, A. H. (2009). Pendidikan
Pembangunan Modal Insan. Tanjong Malim:
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
b)
Jurnal
Salleh, N. I. (2009).
Pengintergrasian ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran:Isu dan Cabaran. Pengajaran
dan Pembelajaran Teori Pembelajaran , 1-5.
Internet
Rizuan Kamis (2012). Cabaran Profesion Keguruan
http://dewanmasyarakat/dewanbahasadanpustaka.
Diakses pada 12 Ogos 2012
http://eprints.ums.edu.my/86/1/CONF2010003.pdf. Diakses pada 12 Ogos 2012
http://www.utusan.com.my/utusan/info.
Diakses pada 12 Ogos 2012